03-7493 0859

03-7493 0859

018-299 1767

018-299 1767

PJCC, Petaling Jaya

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm | Sabtu: 9pg–5ptg | Ahad: Tutup

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm | Sabtu: 9pg–5ptg | Ahad: Tutup

Buat Temujanji

Kehamilan

Antenatal Checkup: Apa Yang Doktor Buat Setiap Visit?

Antenatal Checkup: Apa Yang Doktor Buat Setiap Visit?

"Doktor, setiap kali datang checkup, apa sebenarnya yang doktor periksa?"

Ramai ibu hamil datang untuk antenatal checkup tanpa benar-benar tahu apa yang berlaku di sebalik setiap pemeriksaan. Mari kita lihat apa yang sebenarnya berlaku setiap kali anda datang.

Kenapa Antenatal Checkup Penting?

Pemeriksaan antenatal yang berkala membolehkan doktor memantau kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan, serta mengesan awal sebarang masalah sebelum ia menjadi serius.

Berapa Kerap Perlu Checkup?

Secara umum, jadual antenatal checkup adalah seperti berikut:

  • Setiap 4 minggu sehingga minggu ke-28

  • Setiap 2 minggu dari minggu ke-28 hingga ke-36

  • Setiap minggu dari minggu ke-36 sehingga bersalin

Doktor mungkin mencadangkan checkup lebih kerap jika terdapat faktor risiko tertentu.

Apa Yang Berlaku Setiap Visit?

  1. Semak Berat Badan
    Membantu doktor memantau pertambahan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.

  2. Ukur Tekanan Darah
    Penting untuk mengesan awal tanda-tanda tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pre-eclampsia).

  3. Ujian Air Kencing
    Semak tahap protein dan gula dalam air kencing, yang boleh menunjukkan masalah seperti kencing manis semasa hamil (GDM) atau masalah buah pinggang.

  4. Dengar Degupan Jantung Bayi
    Menggunakan alat Doppler untuk memastikan degupan jantung bayi normal.

  5. Ukur Saiz Perut (Fundal Height)
    Membantu menilai pertumbuhan bayi mengikut usia kandungan.

  6. Perbincangan & Soalan
    Setiap visit adalah peluang untuk anda bertanya sebarang kebimbangan — pergerakan bayi, simptom yang dialami, atau persediaan untuk bersalin.

Kenapa ada ibu hamil yang kerap kena check up?

Bagi ibu dengan keadaan tertentu seperti diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi, kehamilan kembar, atau sejarah komplikasi kehamilan sebelumnya, doktor mungkin mencadangkan checkup dan scan yang lebih kerap untuk pemantauan rapi.

Kesimpulan

Setiap antenatal checkup adalah berbeza mengikut individu kerana tahap kesihatan dan keperluan pemantauan oleh doktor adalah berbeza.Jangan bertangguh atau skip jadual antenatal check up anda. Di Klinik Fatin Petaling Jaya, kami menyediakan penjagaan antenatal yang teliti dan menyeluruh sepanjang perjalanan kehamilan anda.

Ada soalan? WhatsApp kami untuk temujanji

Ada soalan?

WhatsApp kami untuk temujanji

WhatsApp Kami

Penjagaan Kesihatan Wanita & Keluarga yang Mesra dan Profesional di Petaling Jaya.

Perkhidmatan

Kehamilan & Antenatal

Ultrasound & Scan

Kesihatan Wanita

Vaksin / Imunisasi

Saringan Kesihatan / Ujian diagnostik

Kesihatan baby & kanak-kanak

Hubungi Kami

📞 03-7493 0859

📍 PJCC, PJ

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm

Sabtu: 9pg–5ptg

Ahad: Tutup

Rehat: 1–2ptg & 7–8mlm (Maghrib)

Panel

PMCare

HealthConnect

HealthMetrics

MBPJ

Red Alert

ASP

© 2026 Klinik Fatin. Hakcipta Terpelihara.