03-7493 0859

03-7493 0859

018-299 1767

018-299 1767

PJCC, Petaling Jaya

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm | Sabtu: 9pg–5ptg | Ahad: Tutup

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm | Sabtu: 9pg–5ptg | Ahad: Tutup

Buat Temujanji

Kehamilan

Baby Scan (Ultrasound): Bila Masa Sesuai untuk Scan?

Sebaik sahaja mendapat keputusan ujian kehamilan yang positif, antara soalan pertama yang sering ditanya ialah:

“Doktor, bila saya boleh buat scan baby?”

Sebenarnya, setiap peringkat kehamilan mempunyai tujuan scan yang berbeza. Ada scan untuk mengesahkan kandungan, ada untuk melihat perkembangan bayi, dan ada juga untuk memastikan bayi membesar dengan baik.

Mari kita lihat panduan lengkap mengenai waktu yang sesuai untuk melakukan ultrasound sepanjang kehamilan.

Apa Itu Ultrasound?

Ultrasound ialah pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi untuk melihat keadaan bayi di dalam rahim. Ia tidak menggunakan sinaran X-ray (radiation), menjadikannya selamat untuk ibu dan bayi.

Melalui scan ultrasound, doktor boleh menilai:

• Lokasi kandungan

• Degupan jantung bayi

• Bilangan bayi

• Usia kandungan

• Pertumbuhan & perkembangan bayi

• Kedudukan uri

• Air ketuban

• Kedudukan bayi

1. Scan Awal Kehamilan (Dating Scan) — Waktu terbaik: 7–10 minggu

Tujuan:

✔ Mengesahkan kehamilan dalam rahim

✔ Melihat degupan jantung bayi

✔ Mengira usia kandungan dengan lebih tepat

✔ Menentukan tarikh jangkaan bersalin (EDD)

✔ Mengenal pasti jika kandungan kembar

Jika scan dilakukan terlalu awal (contohnya kurang daripada 6 minggu), kemungkinan kantung kehamilan sahaja yang kelihatan dan degupan jantung mungkin belum dapat dikesan. Namun sekiranya ada pendarahan atau sakit cramp di bahagian bawah abdomen/perut, scan tetap dilakukan walaupun kurang dari 6 minggu.

2. Detail / Anomaly Scan — 18–23 minggu

Detail scan, juga dikenali sebagai anomaly scan, ialah pemeriksaan ultrasound yang dilakukan untuk menilai perkembangan anatomi bayi, memeriksa struktur organ utama bagi mengenal pasti sebarang kelainan yang mungkin dapat dikesan sebelum kelahiran.

Detail scan biasanya dilakukan antara usia kandungan 18 hingga 22 minggu. Tempoh ini dipilih kerana kebanyakan organ bayi telah berkembang dengan baik dan lebih mudah dinilai menggunakan ultrasound.

Melakukan pemeriksaan terlalu awal mungkin menyebabkan sesetengah struktur belum dapat dilihat dengan jelas, manakala pemeriksaan yang terlalu lewat boleh menjadikan penilaian lebih mencabar.

3. Scan Jantina Bayi — 18–20 minggu

Ini adalah scan yang paling dinanti-nantikan oleh ramai ibu bapa. Sekiranya kedudukan bayi mengizinkan, jantina biasanya sudah boleh dikenal pasti dengan lebih jelas sekitar minggu ke-18 hingga ke-20.

Walau bagaimanapun, ada kalanya bayi menutup bahagian sulit atau berada dalam posisi yang menyukarkan pemeriksaan jantina.

4. Growth Scan — 28–36 minggu

Tujuan utama growth scan ialah memastikan bayi membesar dengan baik. Doktor akan menilai:

• Berat anggaran bayi

• Air ketuban

• Kedudukan uri

• Posisi bayi

• Pergerakan bayi

Maklumat ini membantu doktor merancang penjagaan kehamilan sehingga waktu bersalin.

Perlukah Scan Setiap Kali Pemeriksaan?

Tidak semestinya. Kekerapan scan bergantung kepada:

• Umur kandungan

• Sejarah kehamilan

• Risiko kehamilan

• Keadaan ibu

• Keadaan bayi

Bagi sesetengah ibu, doktor mungkin mencadangkan scan yang lebih kerap jika terdapat keadaan tertentu seperti diabetes / kencing manis semasa hamil (GDM), tekanan darah tinggi, pertumbuhan bayi yang perlahan atau kehamilan berisiko tinggi.

Bilakah Anda Perlu Datang Scan Lebih Awal?

Segera berjumpa doktor jika:

• Pendarahan semasa hamil

• Sakit bawah abdomen yang teruk

• Keputusan UPT positif tetapi mengalami kesakitan di abdomen

• Tidak pasti usia kandungan

• Mempunyai penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, thyroid, dan lain-lain

Pemeriksaan awal dapat membantu mengenal pasti punca masalah dan memastikan kandungan berada dalam keadaan yang baik.

Kesimpulan

Setiap baby scan mempunyai tujuan yang berbeza dan memainkan peranan penting dalam memantau kesihatan ibu serta perkembangan bayi.

Secara ringkas:

• 7–10 minggu – Dating scan

• 18–23 minggu – Pemeriksaan trimester pertama

• 18–20 minggu – Scan jantina

• 28–36 minggu – Growth scan

Jika anda baru mengetahui diri hamil atau ingin memantau perkembangan bayi, jangan bertangguh untuk mendapatkan pemeriksaan.

Di Klinik Fatin Petaling Jaya, kami menyediakan perkhidmatan scan kehamilan oleh doktor wanita yang berpengalaman, dalam suasana yang selesa dan mesra ibu hamil.

Ada soalan? WhatsApp kami untuk temujanji

Ada soalan?

WhatsApp kami untuk temujanji

WhatsApp Kami

Penjagaan Kesihatan Wanita & Keluarga yang Mesra dan Profesional di Petaling Jaya.

Perkhidmatan

Kehamilan & Antenatal

Ultrasound & Scan

Kesihatan Wanita

Vaksin / Imunisasi

Saringan Kesihatan / Ujian diagnostik

Kesihatan baby & kanak-kanak

Hubungi Kami

📞 03-7493 0859

📍 PJCC, PJ

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm

Sabtu: 9pg–5ptg

Ahad: Tutup

Rehat: 1–2ptg & 7–8mlm (Maghrib)

Panel

PMCare

HealthConnect

HealthMetrics

MBPJ

Red Alert

ASP

© 2026 Klinik Fatin. Hakcipta Terpelihara.