Kehamilan
Penjagaan Postnatal di Petaling Jaya | Ibu & Bayi Selepas Bersalin

Bila semakin dekat dengan tarikh bersalin, banyak perkara mula disediakan — beg hospital, pakaian bayi, lampin, tempat tidur bayi dan keperluan penyusuan.
Tetapi selain persediaan untuk hari bersalin, ada satu lagi perkara yang penting untuk diketahui lebih awal:
Apakah pemantauan yang diperlukan oleh ibu dan bayi selepas pulang dari hospital?
Selepas bersalin, bukan bayi sahaja yang memerlukan perhatian. Tubuh ibu juga sedang melalui proses pemulihan selepas kehamilan dan kelahiran.
Penjagaan dan pemantauan postnatal sememangnya tersedia melalui Klinik Kesihatan kerajaan. Namun, mungkin tidak semua ibu tahu bahawa pemeriksaan postnatal untuk ibu dan bayi juga boleh didapati di klinik swasta.
Mengetahui pilihan yang ada lebih awal boleh membantu ibu merancang tempoh selepas bersalin dengan lebih tenang.
Apa Yang Dipantau Pada Ibu Selepas Bersalin?
Walaupun bayi sudah selamat dilahirkan, kesihatan ibu masih perlu diberi perhatian sepanjang tempoh postnatal.
Antara perkara yang boleh dinilai semasa pemeriksaan postnatal ialah:
• Tekanan darah dan keadaan umum ibu
• Pendarahan selepas bersalin
• Pemulihan selepas bersalin
• Luka episiotomi atau koyakan selepas bersalin normal
• Luka pembedahan Caesarean section (C-section)
• Penyusuan dan masalah berkaitan payudara
• Sebarang simptom atau masalah kesihatan yang dialami selepas bersalin
Bagi ibu yang mempunyai keadaan tertentu semasa kehamilan seperti tekanan darah tinggi atau diabetes semasa hamil, doktor juga mungkin mencadangkan pemantauan lanjut mengikut keadaan masing-masing.
Penjagaan Luka Bersalin
Luka bersalin memerlukan masa untuk sembuh, sama ada luka episiotomi atau koyakan selepas bersalin normal mahupun luka pembedahan C-section.
Ibu perlu mendapatkan pemeriksaan sekiranya luka menjadi semakin sakit, merah atau bengkak, mengeluarkan cecair atau nanah, berbau, terbuka, atau disertai demam dan rasa tidak sihat.
Jika ibu tidak pasti sama ada keadaan luka masih dalam proses penyembuhan yang normal, pemeriksaan boleh dilakukan untuk menilai keadaan luka tersebut.
Penyusuan: Tidak Semestinya Terus Mudah Pada Hari Pertama
Penyusuan adalah satu proses yang memerlukan masa untuk ibu dan bayi menyesuaikan diri.
Ada ibu yang menghadapi kesukaran seperti bayi sukar latch, puting sakit, payudara bengkak atau risau sama ada bayi mendapat susu yang mencukupi.
Keadaan bayi juga perlu dilihat bersama. Corak penyusuan, berat badan, kencing dan pembuangan najis bayi boleh membantu dalam menilai sama ada penyusuan berjalan dengan baik.
Jika terdapat kesukaran, jangan tunggu sehingga ibu terlalu sakit atau terlalu tertekan sebelum mendapatkan bantuan.
Bagaimana Pula Dengan Bayi Selepas Balik Dari Hospital?
Bayi baru lahir juga melalui proses penyesuaian dalam minggu-minggu pertama kehidupan.
Antara perkara yang biasanya diberi perhatian termasuk:
• Keadaan umum dan tahap keaktifan bayi
• Penyusuan
• Berat badan
• Kencing dan pembuangan najis
• Keadaan pusat
• Jaundice atau kuning bayi
Jika bayi kurang menyusu, terlalu mengantuk sehingga sukar dibangunkan untuk menyusu, mengalami kesukaran bernafas, demam atau kelihatan tidak sihat, bayi perlu mendapatkan penilaian perubatan dengan segera.
Baby Jaundice: Perkara Yang Ramai Ibu Akan Temui
Jaundice atau kuning bayi adalah keadaan yang biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah meningkat sehingga menyebabkan kulit dan bahagian putih mata bayi kelihatan kekuningan.
Walaupun jaundice adalah perkara yang biasa, tahap kuning bayi tidak sepatutnya dinilai berdasarkan warna kulit dengan mata sahaja.
Penilaian jaundice perlu mengambil kira umur bayi selepas kelahiran, keadaan klinikal, penyusuan serta paras bilirubin apabila pemeriksaan diperlukan.
Perhatian lebih segera diperlukan sekiranya kuning muncul dalam 24 jam pertama selepas kelahiran, bayi semakin kuning, kurang menyusu, terlalu mengantuk atau kelihatan tidak sihat.
Bergantung kepada hasil penilaian, doktor akan menentukan sama ada bayi boleh terus dipantau atau memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Jadi, Apa Yang Boleh Disediakan Sebelum Bersalin?
Selain menyediakan barang untuk hospital dan bayi, ibu boleh mula merancang beberapa perkara untuk tempoh selepas bersalin.
Ketahui dahulu pelan follow-up ibu dan bayi yang diberikan oleh hospital atau Klinik Kesihatan. Simpan buku serta dokumen berkaitan ibu dan bayi supaya mudah dibawa semasa pemeriksaan.
Ibu juga boleh berbincang lebih awal dengan pasangan atau ahli keluarga mengenai bantuan yang diperlukan di rumah, terutama dalam minggu-minggu pertama selepas bersalin.
Dan sekiranya ibu memerlukan pemeriksaan tambahan atau memilih untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta, ketahui lebih awal klinik yang menyediakan perkhidmatan postnatal untuk ibu dan bayi.
Persediaan kecil seperti ini boleh membantu apabila ibu sudah pulang ke rumah dan sedang menyesuaikan diri dengan rutin baru bersama bayi.
Pemeriksaan Postnatal Ibu & Bayi di Klinik Fatin Petaling Jaya
Selain perkhidmatan postnatal yang tersedia melalui fasiliti kesihatan kerajaan, Klinik Fatin Petaling Jaya turut menyediakan pilihan pemeriksaan postnatal di klinik swasta untuk ibu dan bayi baru lahir.
Antara pemeriksaan yang tersedia termasuk:
Untuk ibu:
• Pemeriksaan tekanan darah dan keadaan umum
• Pemeriksaan luka bersalin normal
• Pemeriksaan luka C-section
• Penilaian masalah berkaitan penyusuan
• Perbincangan mengenai masalah kesihatan selepas bersalin
Untuk bayi:
• Pemeriksaan umum bayi
• Pemantauan berat badan
• Penilaian penyusuan
• Pemeriksaan dan pemantauan baby jaundice
• Ibu yang sedang menjalani follow-up dengan Klinik Kesihatan juga boleh meneruskan penjagaan yang telah dirancang seperti biasa.
Sekiranya Puan memerlukan pemeriksaan postnatal ibu atau bayi di klinik swasta, Puan boleh menghubungi Klinik Fatin Petaling Jaya melalui WhatsApp untuk pertanyaan atau temujanji.
Penjagaan Kesihatan Wanita & Keluarga yang Mesra dan Profesional di Petaling Jaya.
Perkhidmatan
Kehamilan & Antenatal
Ultrasound & Scan
Kesihatan Wanita
Vaksin / Imunisasi
Saringan Kesihatan / Ujian diagnostik
Kesihatan baby & kanak-kanak
Hubungi Kami
📞 03-7493 0859
📍 PJCC, PJ
Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm
Sabtu: 9pg–5ptg
Ahad: Tutup
Rehat: 1–2ptg & 7–8mlm (Maghrib)
Panel
PMCare
HealthConnect
HealthMetrics
MBPJ
Red Alert
ASP
© 2026 Klinik Fatin. Hakcipta Terpelihara.