Wanita
Senggugut (Period Pain): Bila Senggugut Dianggap Normal, dan Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Senggugut (Period Pain): Bila Senggugut Dianggap Normal, dan Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Ramai wanita menganggap semua senggugut (period pain) adalah perkara biasa.
Setiap bulan, mereka mengambil ubat tahan sakit, kemudian meneruskan rutin harian seperti biasa. Lama-kelamaan, keadaan ini dianggap sebagai sesuatu yang "normal".
Namun, hakikatnya tidak semua senggugut adalah senggugut biasa.
Mengetahui perbezaan antara senggugut yang normal dan tidak normal memerlukan pemeriksaan lanjut supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan lebih awal.
Apakah itu senggugut?
Senggugut ialah kesakitan yang berlaku ketika haid akibat pengecutan rahim di kalangan wanita terutamanya di usia remaja.
Senggugut yang biasa berlaku:
Bermula pada hari pertama atau kedua haid.
Beransur lega selepas satu hingga dua hari.
Masih membolehkan mereka meneruskan aktiviti harian.
Berkurangan dengan rehat atau ubat tahan sakit biasa.
Dalam keadaan ini, senggugut selalunya tidak menunjukkan masalah yang serius.
Bila senggugut bukan lagi dianggap biasa?
Ada keadaan di mana senggugut boleh menjadi petanda bahawa pemeriksaan lanjut diperlukan.
Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah:
Sakit terlalu kuat sehingga mengganggu kerja, sekolah atau aktiviti harian.
Perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Kesakitan semakin teruk dari tahun ke tahun.
Darah haid terlalu banyak atau berpanjangan.
Sakit ketika bersama suami.
Sukar hamil, terutama jika disertai dengan sakit period yang kronik.
Jika anda mengalami salah satu atau beberapa keadaan di atas, sebaiknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan penilaian.
Apakah yang boleh menyebabkan senggugut?
Tidak semua wanita mempunyai punca yang sama.
Antara keadaan yang boleh menyebabkan sakit period termasuk:
Endometriosis
Keadaan di mana tisu yang menyerupai lapisan dalam rahim tumbuh di luar Rahim (di ovari, usus, ruang pelvis). Ia boleh menyebabkan senggugut yang teruk, sakit ketika bersama suami dan kadangkala menjejaskan kesuburan.
Adenomyosis
Berlaku apabila tisu lapisan rahim tumbuh ke dalam otot rahim. Keadaan ini boleh menyebabkan haid yang banyak serta senggugut yang semakin teruk.
Fibroid
Fibroid ialah sejenis ketumbuhan pada rahim. Sesetengah wanita tidak mempunyai simptom, tetapi ada yang mengalami period yang banyak, tekanan pada bahagian pelvis dan sakit ketika haid.
Cyst di ovari
Sesetengah cyst tidak menyebabkan sebarang simptom dan boleh hilang sendiri. Namun, terdapat juga cyst yang boleh menyebabkan sakit di pelvis atau sakit ketika haid dan memerlukan penilaian lanjut.
Penting untuk difahami bahawa simptom-simptom ini juga boleh berlaku atas sebab lain. Sebab itu pemeriksaan oleh doktor diperlukan untuk menentukan punca sebenar.
Bagaimana doktor menilai masalah senggugut?
Penilaian biasanya bermula dengan konsultasi.
Doktor akan bertanya mengenai:
Corak dan tempoh haid.
Tahap kesakitan.
Sejak bila simptom bermula.
Sejarah kesihatan dan perancangan kehamilan jika berkaitan.
Bergantung kepada simptom dan penemuan semasa konsultasi, doktor mungkin mencadangkan pemeriksaan lanjut seperti ultrasound pelvis bagi membantu mengenal pasti punca kesakitan.
Bilakah anda perlu mendapatkan pemeriksaan?
Anda tidak perlu menunggu sehingga kesakitan menjadi terlalu teruk sebelum berjumpa doktor.
Semakin awal puncanya dikenal pasti, semakin awal rawatan yang sesuai boleh dimulakan. Dalam banyak keadaan, rawatan yang tepat bukan sahaja membantu mengurangkan kesakitan, malah dapat meningkatkan kualiti hidup.
Kesimpulan
Senggugut memang biasa dialami oleh ramai wanita, tetapi tidak semua senggugut adalah normal.
Jika senggugut mula mengganggu kehidupan harian, memerlukan ubat tahan sakit setiap bulan, atau semakin teruk dari tahun ke tahun, jangan abaikannya.
Pemeriksaan awal dapat membantu mengenal pasti sama ada kesakitan itu hanyalah senggugut biasa atau mempunyai punca lain yang memerlukan rawatan.
Perlukan pemeriksaan?
Di Klinik Fatin Petaling Jaya, konsultasi dijalankan oleh doktor wanita berpengalaman. Berdasarkan simptom yang dialami, doktor akan menerangkan pilihan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai untuk anda.
Penjagaan Kesihatan Wanita & Keluarga yang Mesra dan Profesional di Petaling Jaya.
Perkhidmatan
Kehamilan & Antenatal
Ultrasound & Scan
Kesihatan Wanita
Vaksin / Imunisasi
Saringan Kesihatan / Ujian diagnostik
Kesihatan baby & kanak-kanak
Hubungi Kami
📞 03-7493 0859
📍 PJCC, PJ
Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm
Sabtu: 9pg–5ptg
Ahad: Tutup
Rehat: 1–2ptg & 7–8mlm (Maghrib)
Panel
PMCare
HealthConnect
HealthMetrics
MBPJ
Red Alert
ASP
© 2026 Klinik Fatin. Hakcipta Terpelihara.