03-7493 0859

03-7493 0859

018-299 1767

018-299 1767

PJCC, Petaling Jaya

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm | Sabtu: 9pg–5ptg | Ahad: Tutup

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm | Sabtu: 9pg–5ptg | Ahad: Tutup

Buat Temujanji

Kesihatan Wanita

Pemeriksaan PCOS/PMOS

PCOS tidak di diagnosis melalui scan sahaja. Penilaian melibatkan sejarah kitaran haid, simptom dan keadaan kesihatan, dengan pemeriksaan lanjut dipilih mengikut keperluan.

  • Scan rahim dan ovari

  • Ujian hormon

  • Ujian thyroid

  • Pemeriksaan gula / metabolic screening jika diperlukan

Baca perkhidmatan berkaitan:

Period Tidak Teratur →

Kesuburan →

Pap smear / Ujian HPV DNA

Saringan serviks di Klinik Fatin dilakukan oleh doktor wanita. Liquid-Based Cytology (LBC) mengambil sampel sel dari serviks untuk mengesan perubahan sel yang tidak normal.

  • LBC

  • HPV DNA Test tersedia sebagai pilihan berasingan

  • Pilihan saringan bergantung kepada umur, sejarah saringan dan faktor risiko

Keputihan / HVS / GBS

Keputihan boleh berlaku secara normal, tetapi perubahan bau, warna, kuantiti atau simptom seperti gatal, pedih dan sakit mungkin memerlukan pemeriksaan. Jika sesuai dan pesakit bersetuju, sampel boleh dihantar ke makmal.

  • High Vaginal Swab (HVS)

  • Group B Streptococcus (GBS) Swab

  • Pemeriksaan dan konsultasi bersama doktor wanita

Tidak semua keputihan memerlukan swab atau antibiotik. Hubungi kami untuk berbincang dengan doktor dahulu sebelum prosedur.

Ketulan / Masalah Payudara

Pesakit yang terasa ketulan atau mengalami perubahan pada payudara boleh hadir untuk penilaian klinikal terlebih dahulu. Doktor akan mengambil sejarah simptom dan melakukan pemeriksaan payudara.

  • Ketulan payudara atau ketiak

  • Sakit berterusan

  • Perubahan bentuk, kulit atau puting

  • Cecair atau darah dari puting

  • Bengkak, kemerahan atau rasa panas

Pil Perancang

Klinik Fatin menyediakan konsultasi pemilihan pil perancang berdasarkan keperluan, sejarah kesihatan dan perancangan keluarga. Terdapat beberapa jenis pil dan pemilihan dibuat mengikut kesesuaian individu.

Suntikan Perancang 3 Bulan / Depo

Suntikan Depo ialah kaedah perancang yang diberikan setiap 12 minggu. Sebelum suntikan, berat badan, tekanan darah dan kadar nadi diperiksa serta semakan ringkas dilakukan bersama doktor.

  • Pesakit baru akan dinilai dari segi sejarah haid, kemungkinan kehamilan dan kesesuaian

  • Pesakit yang menyambung Depo dari klinik lain boleh membawa rekod atau tarikh suntikan terakhir

IUCD Removal

Klinik Fatin tidak menyediakan pemasangan IUCD buat masa ini, tetapi menyediakan removal IUCD selepas konsultasi dan penilaian doktor.

Untuk maklumat lanjut, harga terkini atau membuat temujanji, WhatsApp Klinik Fatin Petaling Jaya.

Penjagaan Kesihatan Wanita & Keluarga yang Mesra dan Profesional di Petaling Jaya.

Perkhidmatan

Kehamilan & Antenatal

Ultrasound & Scan

Kesihatan Wanita

Vaksin / Imunisasi

Saringan Kesihatan / Ujian diagnostik

Kesihatan baby & kanak-kanak

Hubungi Kami

📞 03-7493 0859

📍 PJCC, PJ

Isnin–Jumaat: 9pg–10mlm

Sabtu: 9pg–5ptg

Ahad: Tutup

Rehat: 1–2ptg & 7–8mlm (Maghrib)

Panel

PMCare

HealthConnect

HealthMetrics

MBPJ

Red Alert

ASP

© 2026 Klinik Fatin. Hakcipta Terpelihara.